Pages

Wednesday, June 1, 2016

PELUANG RAKYAT MALAYSIA LIHAT PLANET ZUHAL, JUMAAT INI


Planet Zuhal


KUALA LUMPUR – Orang ramai di negara ini berpeluang untuk melihat planet Zuhal pada posisi istiqbal (bertentangan dengan matahari) melalui teleskop, binokular malahan dengan mata kasar di langit Malaysia selepas matahari terbenam, pada Jumaat ini.

Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di Observatori Negara Langkawi, Farahana Kamarudin berkata menariknya posisi itu merupakan posisi lintasan planet yang paling hampir dengan bumi.

“Fenomena istiqbal ini akan memberikan posisi yang terbaik untuk penyelidik dan peminat astronomi untuk mencerap objek tersebut kerana ia berada pada tahap kecerahan paling cerah yang memudahkan aktiviti pencerapan dan rakaman imej.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor