Pages

Monday, June 6, 2016

SURI RUMAH FITNAH POLIS DI FACEBOOK DITAHAN


Facebook


Miri - Polis Miri telah menahan seorang suri rumah berusia 21 tahun untuk siasatan berikutan tindakannya membuat kenyataan memfitnah polis di laman Facebook 'Miri Complain Community" semalam.

Timbalan Ketua Polis Miri, Superintendan Stanley Johnathan Ringgit berkata polis menahan wanita itu pada 11 malam tadi.

"Polis akan memohon perintah tahanan reman untuk wanita itu pada petang ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Polis turut merampas satu unit telefon bimbit, satu unit tablet jenama Lenovo, kad sim jenama Hotlink dan kad memori daripada wanita itu, katanya.

Beliau berkata, suri rumah itu akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Stanley berkata wanita itu antara lain mendakwa mempunyai maklumat mengenai polis yang menerima rasuah serta mencabar polis mengambil tindakan terhadapnya. 


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor