Pages

Friday, June 10, 2016

‘RAYA SAKANLAH KAMI'


‘Raya sakanlah kami’


Kulim - “Raya sakanlah kami sekeluarga tahun ini,” demikian kata pemenang Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M), Mohd Johari Mahamud yang ditemui di kediamannya dekat Kampung Merbok, semalam.

Katanya, kemenangan itu dianggap tuah bayinya yang baru lahir pada Mac lalu dan rezeki di bulan Ramadan untuk membuat persiapan hari raya tahun ini.

“Saya pun terfikir juga tahun ini di mana lagi nak cari duit nak beli baju raya anak-anak dan isteri. Nak tunggu gaji lambat lagi.

“Dengan adanya peraduan anjuran Sinar Harian ini memang dapat membantu kami yang hidup sederhana terutama ketika nak sambut perayaan, nak harap duit gaji sahaja tidak cukup sangat sebab nak fikir perbelanjaan selepas raya pula,” katanya.

Johari yang juga pekerja kilang berkata, anak sulungnya yang banyak mendorong untuk menyertai peraduan tersebut.

“Anak saya yang sulung itulah suruh saya cuba, setiap hari dia akan ke kedai beli surat khabar. Sebelum ini memang dia suka beli Sinar Harian kerana suka membacanya tapi tidak setiap hari.

“Dia juga selalu bantu saya jawab soalan dan tak sangka saya betul-betul menang PR1M. Terima kasih Sinar Harian kerana anjurkan peraduan ini, sedikit sebanyak dapat bantu ringankan beban kami sekeluarga,” katanya.

Tambahnya, dia dan keluarganya akan terus menyokong Sinar Harian dan membaca akhbar ini kerana berita lebih ringkas dan tepat.

“Semua maklumat saya boleh dapat daripada akhbar Sinar Harian, malah laporannya juga lebih tepat dan tidak memihak kepada mana-mana.

“Saya harap lepas ini saya boleh menang lagi,” katanya gembira.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor