Madagascar - Seorang lelaki mendakwa menemui serpihan pesawat dipercayai milik pesawat MH370 di kawasan pantai sebelah timur Madagascar, lapor BBC.news.com.
Blaine Gibson sebelum ini dilaporkan pernah menemui serpihan pesawat malang itu di Mozambique.
Tidak berputus asa dengan penemuan tersebut, Gibson kini meneruskan carian di kawasan pantai Madagascar sebelum menemui lagi serpihan pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu.
Gibson yang merupakan peguam daripada Seattle, Amerika Syarikat telah menyerahkan semua bukti penemuan kepada pihak berkuasa di Madagascar.
Dia juga turut menyerahkan foto kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan pihak berkuasa Malaysia.
Pesawat malang itu dijadual berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China dengan 239 penumpang termasuk anak kapal.
Semua serpihan dilaporkan sedang diperiksa di oleh ATSB dan pakar-pakar lain.
Bagaimanapun kesemua negara yang terlibat dengan carian pesawat tersebut bersetuju misi pencarian berakhir dalam tempoh dua bulan akan datang jika semua pihak tidak menerima maklumat baharu yang boleh dipercayai.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor