Dua perubahan akan dilakukan dalam tempoh terdekat berikutan rungutan peniaga-peniaga dan ibu bapa di sekolah berhampiran di Lorong Tun Ismail 6 sejak 23 Mei lalu mendapat perhatian Kerajaan Pahang
Laluan di Lorong Tun Ismail 7 yang sebelum ini hanya dijadikan jalan keluar menyebabkan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut terjejas selain mengundang masalah keselamatan untuk murid-murid di Sekolah Rendah (Perempuan) Methodist (MGS) di kawasan tersebut.
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail memberitahu, kerajaan negeri akan meminta supaya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) membuka kembali di Laluan Tun Ismail 7 selain membina bulatan di lokasi sesuai.
Menurutnya, perubahan itu membabitkan laluan tersebut untuk laluan masuk sahaja untuk pengguna jalan raya sebagai alternatif bukan untuk laluan keluar sebelum ini.
“Perubahan ini dilihat sebagai alternatif buat masa ini dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
“Kerajaan negeri peka dengan sebarang kepentingan membabitkan rakyat dan saya berharap mereka bersabar dan melihat kesan perubahan dengan perubahan yang dijalankan,”katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas membuat lawatan tapak ke kawasan tersebut bersama Yang Dipertua MPK, Datuk Fadzilla Salleh di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor