Pages

Monday, June 6, 2016

IMEJ BADUT AIB PM, PEREKA GRAFIK DIDAKWA


Mahkamah


Kuala Lumpur - Seorang pereka grafik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebentar tadi terhadap tuduhan memuat naik imej badut menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman sosial Instagram miliknya, Februari lalu.

Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Zulbahrin Zainuddin.

Mengikut pertuduhan, Mohd Fahmi, 39, didakwa menggunakan perkhidmatan Instagram 'kuasasiswa' dipautan "https://www.instagram.com/p/BBMkpBEAcL/" secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Perkara itu telah dibaca pada 1 Februari lalu pada jam 6 petang di No 35, Jalan BP 10/10, Bandar Bukit Puchong 2.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Svetlana Mohd Nor Nordin menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin selain meminta tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah bagi memastikan perbicaraan kes itu lebih lancar.

Bagaimanapun Fahmi Reza yang diwakili peguam Syah Redzan Johan membantah jumlah tersebut sebaliknya memohon mahkamah memberikan bon tanpa cagaran atas alasan tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan.

Syah Redzan juga memohon agar mahkamah memberikan jaminan minimum iaitu sebanyak RM2000 sekiranya mahkamah tidak membenarkan bon terhadap tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sebelum menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor