Pasir Mas - Hasrat seorang suri rumah untuk mendaftar haji tidak kesampaian apabila wang tunai berjumlah RM1,500 diragut oleh seorang lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah bengkel kereta di sini, kelmarin.
Lebih menyedihkan lagi apabila duit tersebut adalah hasil simpanan yang dikumpul sekian lama bagi merealisasikan impiannya itu.
Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, Norihan Omar, 51, berkata, dia bersama anaknya, Nurhananie Azuhan, 22, membonceng motosikal selepas selesai berusan di sebuah bank.
"Semasa hendak melintas jalan besar di hadapan bengkel tersebut, anak saya memberhentikan motosikal.
"Kemudian datang sebuah kereta jenis Proton Satria warna kelabu dari arah yang sama dan berbenti di sebelah kiri saya.
"Tiba-tiba lelaki Melayu yang memandu kereta tersebut menjatuhkan cermin dan terus meragut beg tangan saya yang diletakkan di atas peha.
"Saya sangat terkejut pada masa itu kerana ia berlaku dengan pantas," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor