Malang sememangnya tidak berbau.. mayat kanak-kanak lelaki dua tahun yang hilang selepas ditarik seekor buaya ke dalam tasik di Disney World, Grand Floridian Resort & Spa, Orlando, Amerika Syarikat pada Selasa, akhirnya ditemui.
Menurut pihak berkuasa, mayat yang dikenal pasti sebagai Lane Graves ditemui dalam keadaan baik kira-kira pukul 10.45 pagi tadi, waktu tempatan.
Dalam pada itu pihak berkuasa percaya mangsa meninggal dunia akibat lemas.
Sebelum kejadian, mangsa bersama keluarga dari Nebraska dikatakan sedang berendam di dalam tasik berkenaan kira-kira jam 9.20 malam sebelum datang buaya menyerangnya.
ABC News melaporkan, bapa mangsa cuba menyelamatkan anaknya namun gagal dan mengalami kecederaan selepas bergelut dengan buaya.
Difahamkan, terdapat amaran ‘dilarang berenang’ berdekatan tempat kejadian.
Pihak polis menolak tanggapan bahawa Disney patut dipersalahkan atas insiden ini kerana taman tema itu telah berusaha untuk memastikan pengunjung tidak terlalu terdedah kepada hidupan liar.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor