Perkembangan teknologi membuatkan pelbagai syarikat bersaing membangunkan idea dan protaip baru produk mereka, serta mempatenkan ia untuk kegunaan masa akan datang.
Terkini Apple telah memfailkan paten untuk idea baharu, iaitu iPhone boleh dijadikan kunci elektronik kepada kenderaan.
Idea yang dipatenkan ini membayangkan bahawa isyarat Bluetooth digunakan untuk membuka pintu kenderaan dan menghidupkan enjin.
Aplikasi khas kunci digital yang unik ini, dikatakan akan diprogramkan terus kepada kereta-kereta keluaran terbaharu selepas ini.
Jika terlaksana, pengguna mungkin tidak perlu lagi menekan butang untuk membuka pintu kereta sebaliknya kenderaan mereka akan mengenalpasti dengan sendiri isyarat unik Bluetooth dari peranti pengguna seterusnya kunci diaktifkan secara automatik.
Konsep ini pastinya sesuai buat individu yang sering terlupa membawa kunci kereta tetapi tidak iPhone mereka.
Teknologi baharu ini juga dikatakan boleh dikongsikan pada kenderaan sama dengan pemandu lain. Katakanlah anda terbawa kunci kereta isteri di pejabat maka apa perlu dilakukan cuma hantar pengesahan kod metrik kunci digital kepada isteri dan dia sudah boleh memandu keretanya tanpa membebel lama pada anda.
Begitu pun, teknologi baharu ini mungkin masih memerlukan masa yang sesuai untuk dilancarkan berikutan sistem keselamatan bagi menghalang penggodam daripada menceroboh peranti masih lemah.
Bayangkan apa akan berlaku jika penjenayah siber dengan mudah menggodam peranti mana-mana pemilik kenderaan yang menjadi sasarannya?
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor