Alor Setar - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun menemui ajal secara tragis apabila dirempuh dan digilis Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di Kilometer (km) 110.45 berdekatan Kampung Megat Dewa, Kodiang, semalam.
Kejadian berlaku sekitar 4.40 petang ketika mangsa, Mohd Afendy Yaziz melintas landasan untuk ke sebuah kedai runcit yang terletak di seberang landasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, mangsa dipercayai memanjat pagar dan melintas landasan sebelum dilanggar ETS dari arah Arau, Perlis menghala Jitra.
"Mayat mangsa berkecai dan cebisan anggota badan ditemui di sepanjang 1 kilometer landasan itu," katanya.
Menurutnya, cebisan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.
"Ketika kejadian, keretapi tersebut membawa penumpang dan berhenti seketika selepas melanggar mangsa namun meneruskan perjalanan," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor