MALAYSIA mengesahkan slot ke suku akhir Piala Thomas 2016 selepas menewaskan Jerman 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan C di Pusat Kunshan, sebentar tadi.
Skuad lelaki negara akan bertemu Korea Selatan dalam aksi terakhir esok bagi menentukan gelaran juara kumpulan.
Seperti dijangka, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mudah menyumbang mata pertama dengan menewaskan Schaefer Kai dengan straight set 21-19, 21-15 dalam masa 40 minit.
Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan aksi cemerlang apabila menyingkirkan Domke Richard-Holzer Fabian 21-12, 21-11 sebelum Iskandar Zulkarnain Zainuddin kutip mata ketiga selepas menang ke atas Schaenzler Lars 21-7, 21-16.
Bekas beregu emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bangkit menebus kekecewaan dengan menundukkan Lamsfuss Mark-Zurwonne Josche 21-15, 21-10 untuk kedudukan 4-0.
Akhirnya, Chong Wei Feng melengkapkan kemenangan bergaya skuad negara apabila menewaskan Peng David 21-9, 21-18 yang memakan masa selama 37 minit.
Pada edisi kali ini, BAM meletakkan sasaran mara ke pentas final sekali gus mengulangi pencapaian dua tahun lalu di New Delhi.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor