Pages

Sunday, May 22, 2016

PIALA THOMAS: SEDIAKAN PEMAIN PELAPIS SEKARANG


BAM


Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu menyediakan pemain pelapis mulai sekarang bagi membentuk pasukan mantap bagi menghadapi saingan Piala Thomas 2018.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, persediaan awal perlu dilakukan memandangkan ada beberapa pemain yang beraksi dalam Piala Thomas tahun ini akan bersara.

"Bagi Piala Thomas 2018, BAM mestilah melalui satu peralihan generasi dan menyediakan pemain yang lebih muda bagi menggantikan pemain yang akan bersara nanti.

"Apa yang saya lihat, daripada pasukan pemain semalam yang boleh bermain di Piala Thomas 2018, berdasarkan faktor umur, ialah Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2016 peringkat Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia walaupun tidak mara ke final selepas kalah 3-2 kepada Denmark di separuh akhir.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor