Kuala Muda - Suasana malam hening di sekitar jeti nelayan gempar apabila nelayan berhampiran kawasan tersebut menemui mayat terapung dalam kejadian lewat malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, beberapa nelayan yang berada di jeti tersebut gempar apabila menemui mayat terapung berhampiran perahu milik mereka.
Nelayan yang enggan dikenali berkata, dia mendapat panggilan dari rakannya yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
"Masa tu saya terus bergegas datang ke jeti ini apabila dimaklumkan oleh rakan.
"Mayat tersebut didapati berada dalam pukat dan terapung berhampiran tempat kami meletak perahu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komissioner Azmi Adam berkata, mayat tersebut didapati seorang lelaki.
"Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian, punca dan identiti mayat masih belum dikenal pasti.
"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki dan mayatnya dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat," katanya.
Katanya, orang ramai yang kehilangan saudara mara atau rakan yang hilang diharap dapat menghubungi balai polis berhampiran.
"Punca sebenar mangsa mati belum lagi dapat dikenal pasti kerana masih dalam proses bedah siasat.
"Cuma diharap sesiapa sahaja yang kehilangan saudara mara atau rakan dapat tampil ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor