Pages

Friday, May 27, 2016

ABDUL HADI: DAP MAHU MEMUSUHI ISLAM


Abdul Hadi Awang


Marang - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Ahli Parlimen DAP yang mempertikaikan usul yang dibawanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat semalam adalah tidak beradab dan ingin memusuhi Islam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam jelas menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam.

Sedangkan katanya, terdapat parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan dan MIC juga kadangkala tidak bersetuju dengan agenda orang Islam namun mereka lebih tertib dan beradab jika mereka tidak bersetuju dengan hal berkenaan.

"DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). Pada hal usul ini tidak berkait dengan orang bukan Islam pun.

"Saya turut kesal dengan Amanah (Parti Amanah Negara) yang digunakan DAP dalam hal ini kerana telah melanggar sempadan agama sendiri demi kepentingan politik," katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia di sini hari ini.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor