Pages

Monday, May 23, 2016

KANAK-KANAK CEDERA DIKELAR BAPA KANDUNG


PDRM


Jitra - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera selepas dipercayai dikelar bapa kandungnya di Kampung Tengah Kodiang di sini petang kelmarin, kata polis.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Pemangku Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, suspek berumur 29 tahun itu turut cedera selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan menikam dadanya.

Katanya suspek terbabit yang dipercayai mempunyai masalah mental telah ditahan.

Suspek dan mangsa kini dirawat di Hospital Kangar. Kedua-duanya berada dalam keadaan stabil.

"Ketika kejadian, isteri suspek bersama nenek mangsa berada di luar rumah, dan suspek baru sampai di rumah. Kemudian suspek terus ambil mangsa dan kunci pintu rumah menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke dalam. 

"Nenek mangsa kemudian terdengar cucunya menjerit dan selepas itu suspek membuka pintu dan beliau nampak mangsa dan suspek berlumuran darah," kata Abdul Rahim dalam satu kenyataan.

"Kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Kodiang, sebelum polis menahan suspek yang terbaring di ruang tamu dengan kecederaan di dada kirinya dan merampas pisau dapur yang digunakan dalam kejadian itu di dalam bilik tidur," katanya.

Abdul Rahim berkata, isteri suspek memaklumkan suaminya sudah seminggu mengalami kemurungan serta mempunyai rekod sakit mental.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor