Pages

Wednesday, May 25, 2016

ISU PKR: WAN AZIZAH MINTA RAFIZI LAPOR SPRM


Dr Wan Azizah Wan Ismail


Kuala Lumpur - Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli diminta mengemukakan semua bukti berhubung dakwaan permintaan wang dan perempuan untuk berurusan dengan kerajaan Selangor yang dibangkitkan sebelum ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden PKR, Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam masa sama, Biro Politik parti akan turut meneliti dakwaan berkenaan yang dibangkitkan Ahali Parlimen Pandan itu beberapa hari lalu.

"Sekiranya melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Biro PKR di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, dekat sini, malam tadi.

Ditanya mengenai kedudukan jawatan Rafizi, Wan Azizah berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor