Kuala Lumpur - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, beliau tidak campur tangan dalam tugas peguam negara atau urusan mahkamah.
Kata Nancy, beliau hanya menjawab soalan bagi Jabatan Peguam Negara di Parlimen dan perkara berkaitan mahkamah, disebabkan ia sebahagian daripada portfolio beliau.
"Apa jua yang saya jawab adalah berdasarkan undang-undang. Di Malaysia, peguam negara bukanlah wakil yang dipilih, jadi beliau tidak boleh berada di parlimen.
"Dalam kes saya, saya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan menteri undang-undang seperti sesetengah daripada anda (media) melaporkan. Undang-undang menjadi sebahagian daripada tugas saya," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini.
Nancy mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang meminta Nancy menasihati Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya membiar mahkamah menentukan sama ada kuasa pendakwaan beliau adalah mutlak.
Gobind berkata demikian semalam selepas Nancy berkata ahli Parlimen tidak boleh menyoal peguam negara secara terus, melainkan peguam negara adalah wakil yang dipilih atau dilantik.
Nancy menegaskan, beliau tidak akan menasihati Mohamed Apandi seperti yang disarankan Gobind memandangkan peguam negara lebih arif tentang undang-undang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor