Tainan - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun cedera dikelar di leher oleh bekas teman lelaki ibunya.
Semasa bertengkar dan merayu untuk kembali semula kepada bekas kekasihnya, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Huang mengelar leher kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga anak kepada wanita itu.
Insiden berlaku pada jam 8 malam waktu Tainan.
Menurut SETN, kanak-kanak itu cuba meleraikan pergaduhan di antara ibu serta lelaki berkenaan, namun lelaki berkenaan terus menjadikan kanak-kanak itu sebagai tebusan.
Ibu mangsa cuba berunding supaya melepaskan anaknya, namun lelaki itu enggan dan terus mengelar leher kanak-kanak itu.
Insiden itu kemudian disedari jiran mangsa yang terdengar jeritan wanita itu, namun suspek telah melarikan diri dan kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke hospital.
Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan menerima 8 jahitan.
Polis sedang memburu suspek.
Sebelum ini, seorang budak perempuan berusia empat tahun dilaporkan dipenggal oleh seorang lelaki 33 tahun di hadapan ibu kandung dan datuknya sendiri.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor