Pages

Tuesday, April 26, 2016

[KUANTAN] SEJARAH MENGENAI PAHANG DIABADIKAN


Sejarah mengenai Pahang diabadikan


Kerajaan negeri akan menyediakan ruang khas untuk menempatkan koleksi sejarah Pahang di Perpustakaan Negeri Pahang yang baharu nanti.

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, ruang tersebut akan menempatkan bahan bacaan yang melibatkan sejarah negeri, tokoh-tokoh dan perjuangan pada masa dahulu.

Menurutnya, bahan itu akan menjadi rujukan kepada rakyat Pahang dan juga penyelidik.

“Saya akui Pahang mempunyai bahan sejarah yang boleh didokumentasikan untuk dijadikan bahan rujukan generasi akan datang.

“Usaha ini sedang dijalankan dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Arkib Negara dan Persatuan Sejarah Negeri,” katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Pengkisahan Sejarah Rundingan Damai Hat Yai dan Jom Baca Bersama Untuk 10 minit, di Arkib Negara, semalam.

Shahaniza berkata, kisah rundingan damai itu juga akan diletakkan di ruang khas sebagai rujukan.

Sementara itu katanya, Perpustakaan Negeri akan beroperasi dalam tempoh beberapa bulan lagi dan kini dalam proses reka bentuk dalaman berkonsepkan Tenun Pahang.

Tambahnya, PetroSains yang beroperasi di Yayasan Pahang juga akan berpindah ke bangunan baharu itu nanti.

Pada majlis itu, dua individu penting terlibat dalam rundingan damai Hat Yai, Datuk Mochtar Mahmud Baginda dan Datuk Ahmad Nadzer Nordin menjadi panel pengkisahan.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor