Pages

Tuesday, April 26, 2016

[KUANTAN] GANGGUAN BEKALAN AIR KHAMIS INI


Air


Beberapa kawasan sekitar daerah Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis ini, ekoran kerja penyambungan pengalihan paip sambungan ke Indera Mahkota (IM) 15.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam kenyataan media di sini hari ini, berkata gangguan bekalan air yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang itu melibatkan 7,000 akaun pengguna.

"Kawasan yang terlibat ialah seluruh kawasan Astana Golf, Bukit Istana, Kota SAS, Taman Alam Perdana, Taman Alam Damai, IM13, IM14, IM15 serta Kampung Padang, Taman Impian, Kolej Profesional Mara, Bukit Kuin, Bukit Bakong dan kawasan sekitar," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, PAIP menasihatkan orang ramai untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan mereka boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di 09-5739999 untuk pertanyaan. 


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor