Kuala Lumpur - Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein hari ini dikurniakan Tokoh Negarawan Ulung pada Anugerah Bisnes Utusan 2015.
Anugerah tersebut disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kepada balu Allahyarham, Tun Rahah Mohammad Noah, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Tun Abdul Razak, yang merupakan ayahanda kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menerima anugerah itu atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai arkitek yang berperanan penting dalam pembangunan negara.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, Pengerusi Kumpulan Utusan Melayu Berhad Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan Melayu Datuk Mohd Noordin Abbas.
Anugerah yang julung kali dianjurkan oleh Kumpulan Utusan turut menyaksikan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, Pengasas Universiti Lim Kok Wing Tan Sri Dr Lim Kok Wing, dan Pengerusi Westports Malaysia Sdn Bhd Tan Sri G. Gnanalingam menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor