Melaka - Dalam tempoh dua hari, Melaka sekali lagi mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) dalam Acara Berbasikal Datuk Bandar dan Yang Dipertua (YDP) Semalaysia dengan penyertaan seramai 480 peserta.
Sijil pengiktirafan disampaikan Pengurus besar MBOR, Helilia Juana Hashim kepada Ketua Menteri, Datuk Idris Haron.
Helilia berkata, program yang dikenali sebagai 'Most Number of High Rank Local Authorities Personnel Participating in a Cycling Event' menterjemahkan bahawa rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan komumiti bersatu padu termasuk pegawai-pegawai perkhidmatan gred 41, bukan sahaja dari Melaka malah beberapa negeri.
Menurutnya, acara yang diketuai Idris melibatkan jarak sejauh 5.6 kilometer bermula di hadapan Hotel Hatten dan berakhir di tempat sama sempena persidangan 'Resilient Cities Asia-Pasific 2016' yang berlangsung di negeri itu selama tiga hari bermula esok.
"Saya melihat ramai yang mahu mengisi borang penyertaan kayuhan ini namun kami tidak mempunyai basikal yang mencukupi.
"Sebelum ini memang terdapat beberapa acara kayuhan basikal tetapi ini pertama kali dianjurkan yang melibatkan datuk bandar dan ydp dari seluruh negara," katanya.
Helilia berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sijil pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai Acara Berbasikal Datuk Bandar dan Yang Dipertua (YDP) Semalaysia di sini hari ini.
Hadir melepaskan peserta kayuhan, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamef Sadique.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor