KUALA LUMPUR - Pungutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mengatasi sasaran RM27 bilion yang ditetapkan oleh kerajaan bagi 2015, kata Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy.
Beliau berkata, pungutan sebenar daripada rejim cukai baharu itu, yang dilaksanakan pada 1 April, 2015, akan diumumkan tidak lama lagi oleh kerajaan.
"Bagi tahun ini, jabatan telah diberikan tugas untuk mengumpul RM39 bilion daripada GST dan kami yakin dapat mencapai sasaran itu," katanya pada sidang akhbar mengenai kad laporan pelaksanaan GST, di sini, hari ini.
GST enam peratus itu menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan masing-masing sebanyak 10 peratus dan enam peratus.
Pelaksanaan GST itu merupakan sebahagian daripada program pembaharuan cukai kerajaan untuk meningkatkan keupayaan, keberkesanan dan ketelusan pentadbiran dan pengurusan cukai di negara ini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor