Pages

Wednesday, March 2, 2016

PENYANYI LAGU 'COUNTRY' DIBERI BEBERAPA HARI LAGI UNTUK HIDUP




Dia mahu hidup lama lagi, kalau boleh sehingga hari jadi anaknya yang kedua tahun, namun apakan daya, Joey Feek kini hanya mempunyai beberapa hari sahaja lagi untuk hidup.

Joey, yang merupakan penyanyi lagu-lagu `country’ yang berduet dengan suaminya Rory, menghidap kanser rahim tahap empat.

“Isteri saya telah tidur selama beberapa hari dan badannya kini semakin lemah.

“Pihak hospital yang datang melawat kami di rumah, hari ini memberitahu bahawa Joey hanya mempunyai masa beberapa hari sahaja lagi…itupun paling lama,’’ demikian tulis Rory dalam blognya This Life I Live.

Pasangan itu mendapat cahaya mata perempuan pada 2014, yang dinamakan Indiana dan kanak-kanak itu disahkan menghidap Down Syndrome.


Beberapa bulan selepas kelahiran Indiana, pasangan berkenaan mendapat berita bahawa Joey menghidap kanser dan meskipun rawatan intensif diberikan, kanser itu telah merebak.

Pada bulan November tahun lepas, pasangan itu memutuskan untuk menamatkan rawatan untuk Joey selepas doktor memaklumkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa lagi.

Joey merupakan pemilik restoran ketika dia bertemu Rory iaitu bapa tunggal yang mempunyai dua anak.

Pada Jun 2002, pasangan itu berkahwin dalam satu majlis kecil-kecilan.

Rory pula adalah penulis lirik yang dikenali dan pernah menulis lagu untuk Blake Shelton.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor