Kuala Krai - Seorang warga emas pengsan ketika menyertai 'jungle tracking' di sebuah bukit di Kampung Ngangoh, petang kelmarin.
Bagaimanapun, pegawai perubatan mengesahkan mangsa, Soh Teck Ai, 60, telah meninggal dunia sebaik sahaja diserahkan kepada pihak hospital yang menunggu di kaki bukit.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan mengadakan aktiviti rutin bersama kumpulan Ulu Kelantan Hash House Harriors.
Pegawai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.21 malam.
Menurutnya, tujuh anggota bomba diketuai beliau sendiri, mengambil masa dua jam untuk membawa mangsa turun ke kaki bukit sejauh empat kilometer.
“Mangsa mendaki bukit secara berkumpulan (30 orang), petang semalam (kelmarin). Kita menggunakan strecer dan tali menyelamat untuk membawa mangsa turun dari bukit.
"Mayat mendiang kemudian diserahkan kepada hospital untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, ahli kelab berkenaan, Hong Ting Hai berkata, mangsa merupakan seorang yang aktif dalam kelab dan kerap mencari laluan untuk mengadakan aktiviti.
“Petang semalam dia mendaki seperti biasa. Tetapi bila sampai di puncak, dia mengadu sakit kaki dan terduduk. Setelah gagal membantu, kami kemudian menghubungi hospital," katanya.
Ting Hai mewakili kelab mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama doktor yang berusaha ke bukit berkenaan untuk membantu.
Menurutnya, mereka juga berterima kasih kepada pasukan bomba dan polis yang membantu sehingga mayat mangsa dibawa turun dari Bukit Ngangoh.
"Mayat mendiang akan dibawa ke Johor untuk dikebumikan di negeri kelahirannya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor