Pages

Saturday, March 5, 2016

[KUALA KRAU] DEWAN RM2.9J AKAN MENJADI MERCU BAHARU


Dewan RM2.9j mercu baharu Kuala Krau


Sebuah dewan orang ramai yang sedang dalam pembinaan bakal menjadi mercu baharu di Kuala Krau.

Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata, premis bernilai RM2.9 juta yang mula dibina November tahun lalu itu, dijangka siap awal 2017.

"Projek yang dibina di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) itu kini sudah capai lima peratus dan siap dalam tempoh setahun lagi.

"Walaupun baru beberapa bulan dimulakan, saya puas hati dengan kemajuan projek dan harap ia dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan kementerian," katanya ketika melakukan lawatan kerja di tapak pembinaan dewan itu di Kerdau, di sini, semalam.

Menurutnya, dengan siapnya projek itu, akan memudahkan penduduk Kuala Krau menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

"Saya suka dengan reka bentuknya dan sudah pasti dewan orang ramai ini nanti memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

"Ia bakal menjadi tempat untuk menjayakan apa juga majlis keraian," katanya.

Dalam pada itu, katanya, JKR Temerloh diminta sentiasa memberikan perhatian sepanjang kerja pembinaan dewan tersebut.

"Jika ada sebarang masalah sepanjang tempoh pembinaan itu, boleh berbincang dengan kita.

"Kita memang harap sangat dewan ini dapat siap ikut jadual dan jadi tempat untuk perlaksanaan acara besar pada masa depan," katanya.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor