Kuala Lumpur - Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah meminta mana-mana pihak supaya tidak mengaitkan dirinya dengan penglibatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam Deklarasi Rakyat.
Katanya, sebarang keputusan terhadap kedua-dua individu yang mahu menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergantung kepada Majlis Tertinggi parti berkenaan.
"Pandangan saya terhadap (tindakan kepada Muhyiddin dan Mukhriz) tidak penting.
"Jangan libatkan saya dalam isu mengarut ini," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akan mencadangkan usul pemecatan terhadap Muhyiddin dan Mukhriz dalam mesyuarat Majlis Tertinggi kerana menyokong Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pimpinan tertinggi pembangkang.
Ketika diminta mengulas adakah Muhyiddin dan Mukhriz perlu dipecat dari Umno, Tengku Razaleigh berkata, isu berkenaan tidak ada kaitan dengan beliau.
"Saya hanya ahli Umno biasa. Ini semua tidak penting untuk saya," katanya.
Yes, he had his moments as a rebel rouser before. And besides that, he will want to be a rebel rouser, and not a rebel rouser follower.
ReplyDelete