Seremban – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan menyiasat kes seorang murid OKU yang dilumur mukanya dengan makanan di kantin sebuah sekolah di Sikamat, di sini.
Pengarahnya, Rusni Ab Jalil, berkata, pihaknya akan menyiasat kes tersebut secara terperinci dan tindakan akan diambil sekiranya benar berlaku.
“Kita masih menyiasat kes ini dan tindakan akan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya ringkas di sini, hari ini.
Semalam, seorang ibu kepada murid OKU yang mengalami masalah autisme mendakwa guru sekolah tersebut melumurkan makanan di muka anaknya di hadapan murid lain di sekolah.
Ibu murid tersebut mendakwa guru berbuat demikian kerana mahu mendisiplinkan anaknya berikutan lambat menghabiskan makanan pada waktu rehat.
Luahan hati ibu tersebut mendapat simpati netizen dan menjadi viral di laman Facebook.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor