Pages

Thursday, March 31, 2016

HIJAU KUNING BAKAL TERIMA TAJAAN RM30 JUTA


KFA teliti syarat penajaan


Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bakal terima tajaan RM30 juta untuk tempoh tiga tahum bermula 2016 dari Pengasas D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman jika perbincangan yang masih berlangsung kini dipersetujui kedua-dua pihak. 

Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, Aliff Syukri dijangka bertemu Presiden Persatuan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada petang esok sebelum saingan suku akhir kedua Piala FA 2016 di antara Kedah menentang Sabah pada sebelah malam.

Pertemuan itu bertujuan untuk memuktmadkan beberapa perkara lagi yang melibatkan aspek perundangan di antara D'Herbs, KFA dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

"Persetujuan telah berada pada 'titis-titis terakhir' sebelum dimuktamadkan, harap semua penyokong berdoa agar perbincangan ini mencapai kata sepakat dan dipersetujui semua pihak," katanya selepas sidang media di Wisma Darul Aman, sebentar tadi.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor