Pages

Sunday, March 6, 2016

HADI AWANG TOLAK TANDA TANGAN DEKLARASI RAKYAT




Putrajaya – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak tegas Deklarasi Rakyat yang ditandatangani di ibu negara pada Jumaat minggu lalu yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Antara yang menurunkan tanda tangan ada juga pemimpin PAS, tetapi mereka bukan mewakili mana-mana pertubuhan atau kumpulan…tanda tangan, tetapi kami (PAS) mempunyai pendirian tegas kami sendiri.

“Ada resolusi yang kami boleh terima, tetapi ada yang tidak boleh kami terima, malah ada resolusi yang kami bersedia untuk tambah,” kata beliau dalam video terbaharu yang dimuatnaik menerusi Facebook rasmi PAS.

Abdul Hadi tidak secara jelas menyatakan pendirian sebenar PAS ke atas Deklarasi Rakyat tetapi mengingatkan kembali bahawa jutaan ahli UMNO itu pada masa ini bukan musuh sebenar parti Islam tersebut.

“Ada beberapa pemimpin (PAS) dalam kalangan kami yang dilihat menghadiri (majlis tanda tangan Deklarasi Rakyat) – kita wajar memahami apakah kenyataan yang saya pernah buat beberapa hari lalu.

“Saya mengeluarkan kenyataan bahawa pihak PAS selama ini tidak pernah langsung bermusuh dengan ahli-ahli UMNO, sebaliknya PAS hanya menolak ideologi dibawakan oleh UMNO.

“Kita memang nyata berbeza dengan UMNO dari segi ideologi tetapi kita tidak mahu bermusuhan pula dengan ahli UMNO; kita perlu memahami bahawa itu ialah dua perkara yang berlainan,” tambah beliau.

Justeru Abdul Hadi yang dipetik oleh portal tempatan AgendaDaily dilaporkan sebagai berkata, pada akhirnya PAS juga tetap memerlukan undi daripada ahli UMNO sendiri ketika berlangsung proses pilihan raya.

“Boleh kita menang dengan hanya undi ahli PAS sahaja? Kita tidak boleh menang dengan ahli PAS semata-mata. Jika boleh, kita mahu ahli UMNO undi kita juga. Kita juga mahu bukan Islam undi kita,” katanya.


2 comments:

  1. Sekarang.. siapa bohong siapa...


    Arahan Hadi, ahli Majlis Syura PAS hadir Deklarasi Rakyat

    PETALING JAYA: Kehadiran Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri dalam majlis menandatangani Deklarasi Rakyat adalah atas arahan ketuanya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Khairuddin berkata, PAS menyokong matlamat program itu iaitu menukar Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri.

    Namun, Khairuddin yang juga Anggota Parlimen Kuala Nerus menegaskan PAS masih tetap dengan pendirian bahawa sebarang gerakan menukar Perdana Menteri hendaklah dibuat melalui pilihan raya.

    “(PAS) hadir dengan mandat daripada Presiden sebagai sokongan umum kepada program tetapi kekal dengan pendirian PAS sebagaimana diputuskan iaitu Perdana Menteri hendaklah ditukar menerusi pilihan raya,” katanya kepada FMT, hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas kehadirannya pada majlis menandatangani Deklarasi Rakyat di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya (UM), hari ini.

    Selain Khairuddin, pemimpin PAS lain yang dilihat berada pada majlis berkenaan ialah Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

    Sementara itu, Khairuddin berkata, PAS akan terus berjuang untuk menguburkan UMNO terus daripada arena politik negara ini.

    “(Bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad mahu UMNO kekal memerintah dan kerana itulah beliau berjuang Najib diturunkan sekarang.

    “PAS pula berpendirian bahawa UMNO tidak lagi boleh diharapkan untuk menjadi pemerintah negara ini,” katanya.

    ReplyDelete
  2. PAS u turn sana sini x de pendirian yg jelas dan mantap. Rakyat boleh lupakan parti flip flop ini. Pendirian UMNO lebih consisten berbanding PAS.

    ReplyDelete

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor