Johor Bahru - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyerahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Disiplin bagi mengambil tindakan ke atas pemimpin Umno yang menyertai pembangkang dalam Deklarasi Rakyat termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najib yang juga Perdana Menteri berkata, pihaknya enggan membuat keputusan secara bersendirian sejajar dengan dasar parti itu yang mengamalkan pendekatan kolektif dalam sebarang tindakan dan keputusan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas mengenai pembabitan beberapa pemimpin Umno yang bersama pembangkang menandatangani Deklarasi Rakyat pada Jumaat lalu untuk menjatuhkan beliau kelmarin.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor