Lima - Dua orang pelancong warga Britain dan Perancis ditahan selepas bergambar bogel di tapak purba Machu Picchu.
Polis menahan Adam Burton, 23, warga Britain dan Eric Xavier Mariec, 28, warga Perancis ketika masih dalam keadaan berbogel di tapak purba itu yang baru dibuka minggu ini.
Mereka ditahan sebaik sahaja polis menerima gambar bogel lelaki berkenaan melalui telefon bimbit yang menunjukkan kedua lelaki berkenaan bergambar bogel dengan berlatar belakangan tapak purba itu.
Memetik agensi berita tempatan Andina, kedua-dua lelaki berkenaan didakwa atas salah laku moral dan foto-foto perilaku mereka turut didedahkan bagi memberi amaran kepada pelancong asing untuk menjaga tingkah laku ketika berada di kawasan bersejarah itu.
Machu Picchu yang terletak di pergunungan Andes menjadi tarikan jutaan pelancong dari seluruh dunia setiap tahun.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor