Kuala Lumpur - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Arab Saudi tidak bersendirian dalam menghadapi ancaman berikutan pembentukan Pakatan Tentera Islam yang disertai 34 negara.
Katanya Malaysia adalah sebahagian daripada pakatan tentera Islam yang telah dibentuk oleh Arab Saudi.
"Ini memberi isyarat jelas bahawa kestabilan, keselamatan dan kedudukan Arab Saudi dalam dunia Islam adalah sangat penting bagi Malaysia dan negara Islam yang lain," katanya menerusi catatan terbarunya di laman sosial Facebook hari ini.
Najib berkata sebahagian daripada agenda lawatan kerjanya ke Arab Saudi baru-baru ini adalah untuk melawat para anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan North Thunder di Hafar Al Batin.
Najib mengadakan lawatan kerjanya ke Arab Saudi dari 1 Mac hingga 3 Mac.
Turut serta dalam lawatan kerja itu ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar selain para pegawai kanan kerajaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor