Limpopo - Pihak berkuasa Limpopo kini sedang menyiasat dakwaan terhadap seorang lelaki yang didakwa dirogol oleh seorang wanita.
Memetik laporan portal antarabangsa, News24.com, lelaki itu dirogol semata-mata untuk memuaskan nafsu wanita terbabit.
Dalam masa yang sama, wanita itu turut merakamkan perbuatannya menerusi sebuah telefon bimbit dan ia dilakukan semata-mata untuk memperoleh populariti.
Perkara tersebut disahkan oleh sebuah bukti rakaman yang dijumpai dalam telefon bimbit yang menunjukkan lelaki itu ditolak jatuh ke lantai sebelum dipaksa berbogel.
Difahamkan, perogol tersebut berusia 50 tahun.
Kes itu sedang disiasat dan tiada penahanan dilakukan setakat ini.
Difahamkan lagi, mangsa dan suspek sudah berkahwin dengan pasangan masing-masing dan mempunyai anak
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor