Kuala Lumpur - Lembaga Tabung Haji (TH) meminta semua pihak berhenti membuat tuduhan tidak berasas terhadapnya, yang menimbulkan kekeliruan dan akhirnya menjejaskan keutuhan ummah.
Dalam satu kenyataan hari ini, TH menegaskan bahawa kedudukan kewangannya kukuh, dengan pendapatan sebanyak RM4.47 bilion dan keuntungan sebenar mencecah RM3.53 bilion bagi tahun Kewangan 2015.
"Sejak tahun 2009 sehingga tahun ini (2016), TH telah mengekalkan bayaran haji pada RM9,980 bagi seorang jemaah. Untuk tahun 2016, kos sebenar haji meningkat kepada RM18,890, dengan subsidi haji sebanyak RM8,910 seorang.
"TH dijangka menanggung subsidi haji sebanyak RM160 juta untuk musim haji tahun ini. Prestasi kewangan dan pelaburan TH yang ternyata kukuh, membolehkan TH menanggung subsidi haji berjumlah RM815 juta sejak 10 tahun lalu," katanya.
Semalam, TH mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2015, merangkumi 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus, kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan Fardhu Haji.
Sementara itu, pendeposit disaran menyemak bonus mereka di kaunter TH atau melalui mesin ATM bank-bank rakan strategiknya (Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic), selewat-lewatnya Rabu, 10 Februari 2016.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor