Trak ikonik Peterbilt 379 yang dipopularkan dengan watak 'Optimus Prime' dan Chevrolet Camaro SS yang 'berlakon' watak 'Bumblebee' telah dilelong sejak 22 Januari lepas.
Perkara tersebut diumumkan oleh gergasi filem Hollywood, Paramount Pictures dan pengarah francais filem Transformes, Michael Bay.
Syarikat lelong, Barret-Jackson teruja menerima penghormatan untuk melelong 'hero' filem Transformers berkenaan.
"Kami gembira kerana Paramount Pictures memilih kami sebagai pelelong Optimus Prime dan Bumble Bee. Kami sentiasa aktif dan akan memilih penjaga terbaik kepada hero-hero ini," kata CEO Barret-Jackson, Craig Jackson.
Selain daripada dua kenderaan berkenaan, Barret-Jackson juga melelong hampir 1,400 kenderaan eksotik lain pada lelongan tahunan berkenaan.
Antara kenderaan 'high profile' yang juga dilelong adalah X66 Double COPO Yenko Camaro, L88 Corvette tahun 1969, GTO Judge convertible tahun 1971 dan dua Buick big-block tahun 1970 untuk kategori 'muscle cars'.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor