Pages

Tuesday, February 9, 2016

[MARAN] JADIKAN PERAYAAN GONG XI FA CAI ERATKAN HUBUNGAN KAUM


9/2/2016 - Saban tahun pelbagai perayaan dirayakan dengan cara yang cukup muhibbah sesuai dengan komposisi rakyat Malaysia yang berbilang kaum agama dan budaya.

Perbezaan ini adalah suatu keunikan dan lahirnya Malaysia seperti hari ini yang menyaksikan pelbagai kaum ini hidup dalam suasan yang penuh keharmornian.


Amalan kunjung mengunjung sudah sebati dengan sebahagian rakyat Malaysia tiap kali tiba musim perayaan .Menyedari betapa sikap toleransi penting untuk mengekalkan keharmornian,Staff Pejabat ADUN Kuala Sentul mewakili YB Dato'Shahaniza Shamsuddin yang sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci berkunjung ke rumah pemimpin masyarakat Cina di Pekan Sg Jerik.

Sudah menjadi kelaziman saban tahun pada setiap kali Tahun Baru Cina,ADUN Kuala Sentul akan berkunjung ke rumah masyarakat Tiong Hoa di Pekan Sg Jerik Maran bagi menunjukkan perayaan yang dirayakan oleh rakyat di Malaysia ini mampu mengeratkan perhubungan antara kaum yang menjadi teras kepada kemakmuran dan keharmornian Malaysia.









No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor