MASSACHUSETTS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar berusia 14 tahun sanggup bertindak kejam dengan merogol dan membunuh gurunya sendiri dalam tandas sekolah di Boston, lapor portal antarabangsa, Metro.co.uk.
Tertuduh, Philip Chism dikatakan mengekori Colleen Ritzer, 24, ke dalam tandas sekolah sebelum menyerang wanita terbabit.
Chism didakwa menikam tubuh Ritzer sebanyak 16 kali sebelum merogol dan mencekik guru matematiknya sehingga mati.
Chism kemudiannya memindahkan mayat gurunya ke luar sekolah dengan menggunakan tong sampah sekolah dan membakarnya sebelum menggunakan kad kredit mangsa untuk membeli tiket wayang pada sebelah petang.
Chism yang melakukan jenayah itu ketika berumur 14 tahun, sudahpun berusia 17 tahun apabila dia didakwa di mahkamah.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara atas tuduhan membunuh dan tambahan 40 tahun penjara lagi atas tuduhan merogol dan rompakan bersenjata.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor