Pages

Wednesday, February 17, 2016

MENTERI 'KANTOI' ADA HARIMAU AWET DI RUMAH


Menteri 'kantoi' ada harimau awet di rumah


Jakarta - Seorang menteri Indonesia menyerahkan koleksi haiwan diawet miliknya selepas dituduh melanggar undang-undang kerana memiliki haiwan terancam berkenaan.

Undang-undang Indonesia melarang memelihara haiwan terancam sama ada hidup atau mati.

Menteri Dalam Negeri, Cahya Kumolo memaparkan lima koleksi harimau Sumatera dan dua beruang matahari Malaya yang diawet semasa sesi lawatan oleh sebuah stesen televisyen ke kediamannya pada 12 Februari lalu.

Pendedahan koleksi haiwan miliknya itu dalam rancangan televisyen tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai.

Sementara itu. pihak berkuasa berkata, Cahya tidak akan berdepan sebarang hukuman kerana telah menyerahkan semua koleksi binatang tersebut secara sukarela kepada kerajaan.

"Sesiapa yang menyerahkan koleksi secara sukarela, tiada hukuman dikenakan," kata Ketua Badan Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA), Awen Supranata kepada BBC.

Haiwan-haiwan tersebut kini diletakkan di agensi pemulihan di Jakarta.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor