Pages

Thursday, February 18, 2016

[KUANTAN] GALERI 3D TARIKAN BAHARU PELANCONG


Galeri 3D tarikan baharu pelancong


Walaupun baru hampir dua bulan beroperasi, Galeri 3D di Pekan Sungai Lembing sudah berjaya mencatat kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung.

Pengurusnya, Thomas Lee berkata, galeri itu mempunyai 30 gambar hasil lukisan pakar 3D tempatan.

Menurutnya, kemunculan banyak galeri 3D di negara ini mencetuskan idea untuknya bersama rakan kongsi mewujudkan galeri sama di kawasan bersejarah itu.

“Seperti yang kita tahu, Sungai Lembing merupakan lokasi pilihan pelancong yang berkunjung ke Kuantan khususnya.

“Kewujudan galeri ini mampu menjadi tarikan baharu kepada pelancong sama ada dari dalam dan luar Pahang,” katanya ketika ditemui di Galeri 3D Sungai Lembing di sini.

Thomas berkata, lukisan 3D yang dihasilkan banyak berkait dengan produk pelancongan Sungai Lembing seperti Air Terjun Pelangi, Bukit Panorama dan Jambatan Gantung.

Tambahnya, kehadiran pelancong ke galeri itu terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti dari Jepun, Singapura dan China.

Galeri yang dibuka bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dan ditutup pada hari Rabu itu mengenakan bayaran RM16 untuk dewasa manakala RM12 untuk kanak-kanak.

Sementara itu, pengunjung yang ditemui, Chin tiang hiong, 40, dari Air Hitam, Johor menganggap galeri itu adalah sesuatu yang menarik untuk pengunjung luar seperti mereka.

Katanya, dia mengetahui mengenai galeri itu melalui laman sosial Facebook dan membuat keputusan untuk berkunjung ke sini pada cuti kali ini.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor