Pages

Wednesday, February 3, 2016

FATHUL BARI TERKILAN DITUDUH KAFIRKAN UMAT ISLAM


Fathul Bari


Shah Alam – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya akui terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya apabila tersenarai sebagai antara individu yang mengelirukan dan dilarang daripada berceramah atau mengajar agama Islam di Johor.

Menyifatkannya tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan beberapa ilmuan lain itu sebagai tidak adil dan perlu diselesaikan dengan cara baik.

“Bagi saya fitnah di akhir zaman ini merupakan satu makanan bagi golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab cuma sebagai seorang Muslim dan manusia biasa, sudah tentu saya terkilan dengan situasi yang berlaku. Cuma, mendepani situasi ini satu kewajipan bagi setiap yang kena fitnah...kena pertahankanlah. Kita tidak terlibat dalam hal-hal seperti itu.

“Fitnah mengkafirkan umat Islam itu satu perkara yang sangat besar sedangkan kita ini berjuang berkenaan dengan penyebutan takfiri ini.

"Ada disiplin-disiplinnya. Jadi, sangat bercanggah dengan yang didakwa ke atas kita. Tapi saya serah kepada pihak-pihak yang membuat penelitian semula (tentang) daripada mana sumber-sumber tersebut,” katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, beberapa imej dokumen tersebar didakwa dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menyenaraikan 16 nama penceramah bebas termasuk Mufti Perli, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai ‘individu yang mengelirukan dalam bentuk penyesatan, pengkafiran terhadap umat Islam’.

Nama Fathul dilaporkan mempunyai enam bentuk pengeliruan yang disenaraikan di mana salah satunya terlibat mengkafirkan umat Islam.

Ketika ditanya tentang dakwaan itu, beliau sempat berseloroh berkata: “Mungkin saya banyak mengkafirkan orang kot, itu yang mereka tak bagi (ceramah). Ramai betul saya kafirkan umat Islam. Masya-ALLAH.”

Dalam pada itu, beliau terus bersangka baik dan mahu pihak yang mendakwa itu menjemput semua ilmuan yang disenaraikan itu dan mengadakan satu diskusi ataupun perbincangan sama ada secara terbuka atau tertutup.

“Jangan bina hujah atas asas sentimen. Kamu suka, kami tak suka atau kamu tidak suka, kami suka. Ini tidak akan menyelesaikan masalah. Sebab dalam Islam ada perbezaan pendapat tetapi cara menanganinya bukan dengan cara mengharamkan, dakwaan atau fitnah orang.

“Tak setuju dengan pandangan ‘fine’...anda boleh nyatakan tidak setuju dengan pandangan saya atau sesiapapun tapi untuk membuat tuduhan, mengkafirkan orang, itu satu tuduhan yang berat dan saya kira pihak yang menuduh sekiranya betul, jemput dan berbincang. Selesaikan dengan cara yang harmoni dan baik,” katanya yang mengakui mempunyai hubungan baik dengan Johor selama inKatanya, banyak bahan atau kenyataan yang diambil secara separuh tanpa melihat intinya secara keseluruhan yang akhirnya membuatkan timbul persepsi negatif.

Sementara itu, Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Ustaz Maza menyifatkan dakwaan itu sebagai satu fitnah.

“Ini adalah satu fitnah. Saya mencabar pihak pemfitnah itu membuktikannya. Saya rasa mereka patut disaman fitnah.

“Bahkan semua yang terlibat patut bersatu mengambil tindakan undang-undang kepada pihak berkenaan. Rakyat Malaysia boleh membaca tulisan di internet. Apakah mereka menemui hal yang seperti itu?” katanya seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Dr Maza juga disenaraikan enam bentuk pengeliruan termasuk memfitnah Institusi Mufti, mengkafirkan amalan ulama dan umat Islam dan tahlil kematian tidak memberi faedah kepada si mati.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor