Gadis manis bertubuh kecil ini berjiwa besar,beliau yang dilahirkan di FELDA Jengka 2,Bandar Pusat Jengka Pahang kini berada di pentas Mentor Milenia sebuah rancangan realiti terbitan TV3 dan sedang bersaing di peringkat separuh akhir .
Membesar dalam masyarakat FELDA dan sebagai anak Pahang ingin membuktikan dirinya mempunyai bakat sebagai anak seni yang diwarisi dari bapanya .
Zetty di zaman kanak-kanak |
Zatty semasa kecil bersama Awie yg
sering melakukan pertunjukan di
expo suatu ketika dahulu
Penglibatannya dalam bidang nyayian bermula sejak dari kecil lagi kerana sering mengikuti bapa Abdul Rasyid Che Man yang mempunyai perniagaan menyediakan alatan Audio samada ke majlis keramaian mahupun Expo.
Bermula dari situ bakatnya mula di asah dengan mendapat jemputan dari masyarakat di sekitar khususnya di Pahang .Beliau juga pernah memenangi beberapa pertandingan nyayian di Pahang dan menyedari beliau ingin melangkah jauh dalam bidang seni suara,Zetty akhirnya melepasi ujibakat Mentor Milenia dan kini berada di peringkat separuh akhir dibawah bimbingan Mentornya Azlan Typewriter.
Penyokong Setia Tok Gajah |
Zetty yang kini sedang melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam dalam bidang muzik.Gadis ini juga rupa-rupanya amat meminati sukan bolasepak dan sering berkunjung ke stadium menyaksikan perlawanana bolasepak terutama pasukan Pahang.
Perjuangan beliau dalam pertandingan realiti TV3 Mentor Milenia belum selesai,bakat sahaja bukan jaminan untuk berada di pentas final.Undian penonton pastinya akan membantu beliau untuk terus mengembangkan bakatnya.
Saksikan kemunculan beliau di pentas separuh akhir Mentor Milenia di TV3 Ahad 28.2.2016 jam 9.00mlm dan mengundi Zetty dengan cara seperti ditunjukkan di bawah :
Cara Undian :
- klik pada tab UNDI
- Log in dengan menggunakan kata laluan facebook dan klik ZETTY
- satu kata laluan untuk satu undi sahaja
- undian akan di buka pada hari Ahad 28.2.2016 jam 6.00pm.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor