Pages

Saturday, January 23, 2016

TUNTUT CERAI KERANA SUAMI BUNUH KUCING


Tuntut cerai kerana suami bunuh kucing


Kaherah - Seorang wanita menuntut cerai dari suaminya selepas lelaki itu meracuni kesemua kucing milik wanita itu.

Sara Shaker memberitahu hakim mahkamah di Kaherah, dia mengahwini Fathi Yusri sejak setahun yang lalu berkata, suaminya itu mengetahui bahawa dia adalah salah seorang daripada ahli kumpulan perlindungan haiwan.

"Sepanjang perkahwinan, saya mengetahui bahawa suaminya mendera binatang dan meracuni semua kucing yang dipeliharanya," kata wanita itu dipetik Emrates 24/7.

Dalam pada itu, Sara berkata, suaminya sering berkata, kehidupan bersamanya menjijikkan walaupun saya sering memberi sokongan serta membantunya yang mempunyai masalah kewangan.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, mahkamah menangguhkan keputusan perbicaraan ke suatu tarikh akan datang. ‎

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor