Jerlun – Umno Bahagian Jerlun mendakwa pertukaran jawatan menteri besar tanpa alasan yang munasabah boleh menyebabkan parti itu tewas pada PRU
Timbalan Ketuanya, Datuk Abu Hasan Sarif berkata, sejarah negeri Kedah membuktikan parti itu akan tewas dalam pilihan raya jika berlaku pertukaran menteri besar di pertengahan jalan sejak 1995.
“Hujan tak ada, angin tak ada, ribut pun tak ada, tiba-tiba kita diledakkan dengan satu bom yang membangkitkan kesedaran dan semangat semua masyarakat bukan sahaja di Jerlun, tapi di seluruh Kedah untuk bangun memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah.
“Lima penggal saya diberi kepercayaan kepimpinan untuk dipilih dan menjadi wakil rakyat Kota Siputeh.
"Lebih 20 tahun, dah banyak menteri besar dan ini merupakan kali kedua saya menghadapi ujian sama dalam soal menolak kepimpinan Menteri Besar Kedah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan aluan sempena Himpunan Menyokong Kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kekal sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno Negeri Kedah di Wisma Umno Bahagian Jerlun, kelmarin.
Menurutnya, masalah pertukaran menteri besar berlaku sejak 1995 ketika Tan Sri Osman Aroff menjadi Menteri Besar Kedah.
“Apabila ada pertukaran yang dibuat, perhimpunan seperti ini telah pun dilakukan untuk mempertahankan jawatan menteri besar itu.
“Akhirnya kerana rakyat masih menyayangi kepimpinan Osman ketika itu, walaupun berpindah tangan dan akhirnya kita dapati pada 1999 itulah bermulanya kejatuhan Kedah pada pilihan raya,” katanya.
Ujarnya, kejadian itu menyebabkan BN tewas 14 kerusi ketika Tan Sri Sanusi Junid menjadi menteri besar.
Adun Kota Siputeh itu turut menegaskan pertukaran menteri besar dibuat dengan mendapat kebenaran, persetujuan serta keredaan daripada tuan tubuh yang sedang memegang jawatan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor