Pages

Wednesday, January 20, 2016

POTONG KEMALUAN SUAMI, BERANG AJAK MAIN KASAR

Potong kemaluan suami, berang diajak 'bersama' cara kasar 




JEMPOL - Akibat berang dengan perangai suaminya yang selalu mendesak melakukan hubungan seks secara kasar, seorang isteri nekad memotong kemaluan suaminya ketika sedang tidur.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi tadi, mangsa yang berusia 44 tahun merupakan seorang warga negara Pakistan mengalami pendarahan selepas kemaluannya dipotong dengan mata pisau cukur.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitenden Noorzainy Mohd Noor berkata, melalui siasatan awal yang dijalankan, kejadian dipercayai berpunca daripada sikap suami yang suka mendesak isterinya, melakukan hubungan seks secara kasar.

Katanya, sebelum kejadian, berlaku pertelingkahan antara mereka sehingga menyebabkan isterinya yang berusi 51 tahun itu dipukul kerana enggan mengikut kemahuan suami.

"Semasa suami sedang tidur, isterinya mengambil sebilah pisau cukur kemudian memotong bahagian sulit suaminya.

"Dalam keadaan berdarah, lelaki itu kemudiannya menuju ke Balai Polis Batu Kikir untuk meminta bantuan.

"Dia kemudiannya di bawa ke Hospital Jempol, sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk penyambungan semula kemaluan yang telah dipotong," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.

Kata Zainy, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan pihaknya telah merakam percakapan mereka untuk tindakan susulan.

"Isteri mangsa dibawa ke Mahkamah Majisteret Jempol untuk mendapatkan perintah reman," katanya.

Kes akan disiasat mengikut Sesyen 326 Kanun Keseksaan.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor