Pages

Friday, January 29, 2016

LIMA `PONDAN JELITA' ANTARA 60 GRO DITAHAN


GRO


Kuala Lumpur - Sekumpulan lelaki yang leka dilayani beberapa Pelayan Pelanggan(GRO) di sebuah premis hiburan di Jalan Kuchai Lama, di sini, terkejut apabila mengetahui kebanyakan GRO itu sebenarnya 'pondan jelita'. 

Mereka hanya mengetahui perkara itu selepas sepasukan anggota polis membuat serbuan ke premis itu pukul 10.30 malam tadi. 

Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, hasil pemeriksaan mendapati lima pondan yang ditahan telah melakukan pembedahan menukar jantina serta sukar dibezakan sebagai wanita sebenar.

"Mereka antara 60 GRO warga Thailand dan Laos yang ditahan atas pelbagai kesalahan oleh sepasukan anggota STAGG Bukit Aman," katanya. 

Turut ditahan ialah seorang lelaki dan wanita tempatan iaitu pengurus premis bersama empat lelaki warga Bangladesh.

"Polis merampas dua resit perniagaan, sebuah buku catatan, 12 selendang berharga RM100, 10 selendang berharga RM50, dua mahkota, 28 botol minuman arak serta wang tunai sebanyak RM2,693," katanya. 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 55(b) Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(c) AKta Imigresen, Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen dan Seksyen 135 Akta Kastam.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor