Pages

Friday, January 29, 2016

GAMBAR KENTANG INI DIJUAL AS$1.08 JUTA


Gambar kentang ini dijual AS$1.08 juta


Bagai tidak percaya apabila sekeping gambar yang hanya menunjukkan ubi kentang dijual dengan harga AS$ 1.08 juta (RM4.5 juta).

Foto tersebut diambil oleh Kevin Abosch yang merupakan jurugambar popular di kalangan jutawan dan hartawan di Eropah.

Foto tersebut yang bertajuk 'Potato #345' dijual tahun lepas kepada seorang usahawan Eropah.

Menariknya, usahawan tersebut membeli foto tersebut selepas ternampak ianya tergantung ketika makan malam di rumah Kevin.

Kevin yang berumur 46 tahun juga merupakan seorang artis visual mendedahkan perkara tersebut beberapa minggu lepas.

Laporan CNN mengatakan ramai model, syarikat gergasi teknologi dan pelakon menggunakan khidmat Kevin.

Kevin juga pernah menangkap foto pemenang hadiah Nobel, Malala Yousafzai dan Aung Suu Kyi.

Pada 2011, beliau bekerjasama dengan pengasas Wikipedia, Jimmy Wales dan esekutif Facebook, Sheryl Sandberg.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor