Pages

Thursday, January 21, 2016

[KUANTAN] TIGA BERADIK DIBANTU MUIP


Tiga beradik dibantu Maip


Tiga beradik yang kematian ibu akibat denggi berdarah mendapat perhatian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (Muip) cawangan Kuantan.

Nur Ariesya Syafika Mohd Azree, 12, Nur Ariesya Eisyarieyana, 9 dan Muhd Arieysh Syami, 6, menerima bantuan bulanan berjumlah RM300 hingga RM500 bagi meneruskan persekolahan dan perbelanjaan harian.

Pegawai Hal Ehwal Islam Muip cawangan Kuantan, Fathullah Saadon berkata, bantuan Muip diharap dapat meringankan beban nenek dan penjaga anak-anak berkenaan.

“Kita sudah melawat ketiga-tiga anak yatim itu dan mereka dijaga oleh neneknya, Fatimah Abu Bakar, 60, dan anak ibu saudaranya, Nor Shamsiah, 31, secara bergilir-gilir,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, bantuan bulanan itu bermula bulan ini dan mereka boleh membelanjakannya untuk keperluan harian dan pendidikan.

Isnin lalu, Sinar Harian menyiarkan kisah tiga beradik di Flat Alor Akar yang kematian ibu mereka, Norizam Mohd Razali, 34, dan ditinggalkan bapa kandung sejak enam tahun lalu.

Sementara itu, Fatimah mengakui tidak sanggup memisahkan tiga beradik itu dan nekad mahu menjaga tiga beradik itu walaupun berdepan pelbagai kesulitan.

Ketiga-tiga mereka turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM100 setiap seorang.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor