Rusia - Pihak berkuasa Rusia membuka kertas siasatan terhadap seorang doktor sebuah hospital yang didakwa menumbuk pesakit sehingga maut, lapor The Telegraph.
Insiden tersebut mendapat perhatian selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebar dan turut ditayangkan di stesen televisyen tempatan malah turut viral di laman sosial.
Dalam rakaman video berkenaan, doktor berkenaan, Ilya Zelendinov dilihat masuk ke dalam bilik rawatan bersama jururawat dan kemudian terus menarik mangsa, Yevgeny Bakhtin, 56, dan bertanyakan sesuatu sebelum menolak mangsa ke dalam sebuah bilik.
Dalam pada itu, seorang lelaki lain turut dilihat cuba meredakan keadaan, namun turut dipukul oleh doktor berkenaan yang kemudiannya bertindak menumbuk mangsa sehingga rebah.
Beberapa minit kemudian, kakitangan berkenaan menyedari mangsa tidak bergerak dan cuba menyelamatkannya tetapi gagal.
Sementara itu, Jawatankuasa Siasatan Belgorod berkata dalam satu kenyataan, kejadian tersebut berlaku pada 29 Disember lalu.
Doktor berkenaan menumbuk mangsa ke muka selepas dia dikatakan menendang salah seorang jururawat semasa menjalankan prosedur perubatan
"Punca kematian mangsa adalah trauma pada tengkorak dan otak kesan kecederaan akibat pukulan dan kecederaan ketika jatuh ke lantai." ," kata penyiasat.
Penyiasat berkata, doktor berkenaan disyaki menyebabkan kematian kerana kecuaian dan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor