Pages

Saturday, January 30, 2016

DAP KUTUK PRESIDEN PAS SEBAB TERUS SOKONG PM




Kuala Lumpur – DAP menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana terus memberi sokongan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhadapan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Abdul Hadi merupakan satu-satunya bekas Ketua Pembangkang yang memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Najib dalam isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.

“Patut ditanya apakah pendirian Presiden PAS dalam isu ini sama ada Abdul Hadi menyokong keputusan Peguam Negara (Tan Sri Mohamed Apandi Ali) berhubung perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Apandi pada 26 Januari lalu mengumumkan Pejabat Peguam Negara berpuas hati bahawa tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri dalam isu dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Beliau memberitahu, kertas siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diteliti dengan menyeluruh dan tiada bukti yang boleh dikaitkan dengan jenayah rasuah.

“Pada hari ini, kertas-kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada pihak SPRM dengan arahan supaya ketiga-tiga kertas siasatan tersebut ditutup,” katanya.

Media propembangkang yang ‘berang’ dengan keputusan itu kemudian menyiarkan berita berbaur putar belit tanpa pengesahan rasmi kononnya pihak SPRM mempertikaikan keputusan Peguam Negara tersebut.

Laporan itu disanggah oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang menjelaskan SPRM tidak mempertikaikan keputusan Peguam Negara yang mengarahkan kes siasatan itu ditutup.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor